Jahiliyah Dahulu:
Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih,pada bila-bila ,masa yang disukainya...
Jahiliyah Moden:
Rumah,bilik hotel,kelab malam,malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan yang haram.
Jahiliyah Dahulu:
Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah,tetapi mengizinkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.
Jahiliyah Moden:
Tidak hairanlah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga,seks bebas dan zina menjadi amalan mereka. Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina,iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata,sedangkan ia tidak akan pernah kenyang.
Jahiliyah Dahulu:
Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.
Jahiliyah Moden:
Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan,bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti 'sampah'.
Jelaslah bahawa jahiliyah moden adalah lebih ekstrem impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dahulu (sebelum kedatangan Islam). Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri.Namun malangnya, kini, wanita tidak lagi meghargai kebebasan itu kerana mereka seklai lagi menjual tubuh mereka sukarelanya. Adakah anda rela sekiranya pengabaian hukum hijab ini terus berlaku? Jika tidak, kekalkan hijab anda dan bantu mereka yang disekeliling anda untuk menyelami erti kata hijab yang sebenar
No comments:
Post a Comment