- Ikhtilat dari segi bahasa bermaksud pergaulan.
- Menurut Kamus Dewan 1989,pergaulan membawa maksud percampuran antara lelaki dan perempuan.
- Ulama' Feqah mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila wanita dan lelaki ajanabi bertemu (boleh kahwin) iaitu melebihi 2 orang di satu tempat yang mungkin berupa percakapan ,pandangan atau isyarat yang boleh difahami.
Pergaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Ini kerana ia melibatkan bilangan yang lebih daripada 2 orang.
- Jumhur Ulama' bersepakat mengatakan bahawa hukum asal bagi ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM.
Namun, ada PENGECUALIAN yang membolehkan ikhtilat tersebut pada keadaan tertentu dan dibataskan dengan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan syarak.
- Beberapa keadaan yang diaruskan ikhtilat ialah:
- DARURAT
- Contoh: Dalam perubatan,memberi perlindungan kepada wanita (ikhtilat hanya dibolehkan sekadar menghilangkan bahaya tersebut) atau ketika dalam peperangan melawan musuh Islam.
2. MEMENUHI KEPERLUAN ATAU HAJAT
- Muamalat maliyyah (urusan harta)
jual beli dan lain-lain transaksi di pasar,bank,kedai dan sebagainya.
- penyaksian ( urusan mahkamah)
- urusan kerja
- lain-lain keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak.
3. DALAM MAJLIS
- Syarat: Tidak melampaui batas sehingga melanggar hukum syarak
- Contoh: ziarah keluarga,sahabat,atau jiran, melayan tetamu,menganjurkan kenduri-kendara.
- Dalam pergaulan tidak dapat dielakkan, Islam telah menyusun adab-adab agar pergaulan ini berlaku dalam kadar yang paling minimum.
- Jadi,dalam keadaan biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan,pergaulan antara lelaki dan wanita adalah HARAM dan ini termasuklah bergurau-gurau senda,bertanya khabar,berbual mesra apatah lagi meluahkan perasaan sama ada dalam berinteraksi melalui alam maya.
No comments:
Post a Comment