Apabila kita menonton rancangan komedi ataupon mendengar sesuatu yang mencuit hati,pasti kita akan ketawa. Kadang-kadang sampai tak boleh nak berhenti daripada ketawa..
Adakah ketawa sampai tak boleh nak berhenti ni cara yang diajar oleh Rasulullah dan dianjurkan dalam Islam?
- Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. Senyum Rasullulah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi ilah baginda tersenyum sehingga kelihatan gerahamnya.
- Menurut Imam Hssan AL-Bana, ketawa yang hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yang sedikit dan beradab ( ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang) , manakala ketawa yang "haram" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.
- Rasulullah S.A.W bersabda:
"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin"
- Rasulullah S.A.W telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan,lantas baginda bersabda:
"Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa".
TAHUKAH ANDA??
Plato dan Aristotle berpendapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yang buruk dan berbahaya.

No comments:
Post a Comment