Adam: Ali! Ada lipas dekat belakang kau!!
Ali : Huh?? Mana3x.. Arghhh tolong aku wehh!! Geli!!
Adam: Hahahahahahah( gelak macam puntianak sampai tergolek-golek).
Kau ni kelakarlah.. Lipas pon takut.. Kalah perempuan la kau ni.. Dah2x.. Aku saja ja pekena kau!
Ali : Cis! Kurang asam punya kawan! Hilang macho aku kalau awek-awek nampak..
Pernah tak hadapi situasi seperti di atas, tak pon senang kata dikenakan kawan kita ? Tak pon kita la Raja kenakan orang?
Boleh ke kita kenakan orang dengan cara berbohong ??
Berbohong tidak dibenarkan,baik sungguh-sungguh ataupon sekadar main-main saja.
Kebiasannya kita lihat,kalau sekumpulan kawan-kawan bersama-sama, pasti akan ada seseorang yang akan cuba meriahkan suasana itu dengan membuat jenaka sehinggakan sampai sanggup berbohong! Hal ini tidaklah dibenarkan kerana Rasulullah bersabda:
"Celakalah orang yang berbohong agar orang lain tertawa ,celakalah dia".
(Hadis Riwayat Abu Daud n0.4990, Tirmidzi no.2315,Darimi no.2705, Ahmad 5/7. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Mishkah no.4834).
Sahabat mulia Abdullah bin Mas'ud R.A berkata:
"Bohong tidaklah dibenarkan ,baik sungguh-sungguh mahupon sekadar main-main"
( Tafsir Ibnu Katsir,2/363)
Oleh itu, bercakaplah benar dan sekiranya kita tidak mempunyai perkara untuk dikatakan, maka diamlah. Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang dengan cara berbohong secara main-main dengan rakan-rakan dapat merapatkan hubungan, tetapi harus ingat.. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengeratkan ukuhuwah..
No comments:
Post a Comment