Sunday, 15 November 2015

CULTURE SHOCK

CULTURE SHOCK???




Kenapa selalu orang kata kalau pergi belajar dekat luar negara atau budak sekolah agama bila masuk universiti jadi culture shock?  Apa yang menyebakan kita jadi culture shock? Is it good?

 Firstly i would like to hightlight that it is just my opinion and my previous experiences and basically i would like to stress more on students who are from islamic school. Selalunya budak sekolah agama ni bila dia masuk ja ke alam universiti, seriously memang akan terperanjat dengan suasana di sana.

 Ya la,kalau di sekolah dulu mana ada lelaki yang berani sesuka hati duduk dekat sebelah kau dalam kelas. Memang nak kena fire la sapa yang berani buat camtu and for sure ada mata-mata yang tengok pelik dekat kau . Bila dekat universiti, memang pergaulan antara lelaki dengan perempuan tu Masya-Allah!!Sangat tak terjaga..

 Duduk dekat and kadang-kadang sampai tersentuh badan tu seperti perkara biasa..
Yang kami ni budak-budak sekolah agama bila melihat situasi ni memang rasa tak selesa yang amat la..

 Tapi ingat! Actually culture shock ni bagus sebab itu menunjukkan bahawa iman kita masih berfungsi dengan baik. Sebab ianya menjadi bukti bahawa kita mengamalkan  Islam itu dalam kehidupan kita.

 Bilamana tiada rasa culture shock yang wujud dalam diri kita apabila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, bahaya wahai sahabat-sahabat!! Itu menunjukkan bahawa hati kita tidak mencegah kemungkaran yang sedang berlaku itu..

عن أبي سعد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول

” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “

( رواه مسلم )

Daripada Abu Sa’id al-Khudri , beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )

Fuh!! Maksudnya, kalau hati pun tak mencegah, agak-agak di mana tahap keimanan kita yang sebenarnya?

Then, culuture shock ni juga merupakan ujian Allah kepada kita. Allah nak tengok bagaimana kita menghadapi situasi yang sangat asing dari kita ni.
Adakah kita akan terikut-ikut dengan keadaan itu ataupon kita masih teguh mengamalkan segala garis panduan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Normally bebudak sekolah agama ni yang culture shock and tend to the negative side kita boleh tengok dari segi adab pergaulan dan pakaian. Harapnya amalan fardhu tidak ditinggalkan.

PERGAULAN:

  • Bergurau senda antara lelaki perempuan 
  • Duduk dekat antara lelaki dan perempuan
  • Bersentuhan antara lelaki dan perempuan (*walaupon berlapik)
  • Bercouple
PEMAKAIAN:

  • Tudung singkat hingga menampakkan dada
  • baju dan seluar hingga menampakkan bentuk badan
  • pakaian yang jarang
However, haruslah kita ingat. Label budak sekolah agama bukan beerti hanya mereka yang perlu mengamalkan Islam secara keseluruhannya.Bukan hanya mereka yang perlu nak culture shock bagai bila tengok kemungkaran. Kau sekolah agama ke tak sekolah agama ke sama saja. Sebaik sahaja kita mengucap lafaz dua kalimah syahadah,wajib ke atas kita untuk menganuti agama kita secara keseluruhannya.


بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka  beruntunglah orang-orang yang asing.” (HR Muslim).


Oleh itu, marilah kita sesama berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati ini ke jalan-Nya dan supaya jangan dibolak-balikkan hati ini dari Allah. Jadilah orang menghidupkan biaah solehah. InshaAllah,walau di mana kita berada, culture shock dan menuju ke arah kebaikan akan sentiasa wujud di hati kita.











No comments:

Post a Comment