Wednesday, 16 December 2015

WORTH IT BY HARRIS J ft SAIF ADAM-LYRICS



it’s way too late,
but i’m still wide-awake
‘cause i can’t sleep yet,
i can’t sleep yet
got a thousand words
that won’t stop running circles
around in my head,
around in my head
sometimes i feel just like these days and nights will never end
but will i ever get this chance again?
so i pray, yes i pray
‘cause i know the life i want
when it’s hard i keep working
i‘ll never give this up
because i know it’s worth it in the end
i know it’s worth, worth, worth
worth it in the end
yeah i know sometimes i should relax my mind
and take it easy, take it easy
if i fight my way through every single page
then i’m a winner, i’m not a quitter, no!
sometimes i feel just like these days and nights will never end
but will i ever get this chance again?
so i pray, yes i pray
‘cause i know the life i want
when it’s hard i keep working
i‘ll never give this up
because i know it’s worth it in the end
i know it’s worth, worth, worth
worth it in the, in the end
it’s way too late, but i’m still wide-awake
‘cause i can’t sleep yet, i can’t sleep yet
my father said to me
plant one seed and you can grow a tree
that tree will grow in your field of dreams
if you just believe then one day you’ll see, yeah!
when i’m on the case i know it’s worth it
i’m on the path now i’m running like a circuit
got my dreams in sight and i’m ready for the fight
now it’s time to put all of the work in, yeah!
one chance, one shot, no i won’t give up
all my faith in god that will keep me strong
as i’m sitting here thinking about this world that we’re living in
some wasting all their time
when others aim for the sky
i sacrifice some time for my success
i know it’s worth it in the end
because i know it’s worth it in the end
i know it’s worth, worth, worth
worth it in the end
i know it’s worth it in the end

Monday, 14 December 2015

IKHTILAT


  • Ikhtilat dari segi bahasa bermaksud pergaulan. 



  • Menurut Kamus Dewan 1989,pergaulan membawa maksud percampuran antara lelaki dan perempuan.



  • Ulama' Feqah mendefinisikan pergaulan sebagai satu keadaan apabila wanita dan lelaki ajanabi bertemu (boleh kahwin) iaitu melebihi 2 orang di satu tempat yang mungkin berupa percakapan ,pandangan atau isyarat yang boleh difahami.


Pergaulan berbeza daripada khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Ini kerana ia melibatkan bilangan yang lebih daripada 2 orang.


  • Jumhur Ulama' bersepakat mengatakan bahawa hukum asal bagi ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM.


Namun, ada PENGECUALIAN yang membolehkan ikhtilat tersebut pada keadaan tertentu dan dibataskan dengan syarat-syarat tertentu yang telah digariskan syarak.

  • Beberapa keadaan yang diaruskan ikhtilat ialah:
  1. DARURAT
- Satu keadaan yang boleh mengancam nyawa atau agama seseorang
- Contoh: Dalam perubatan,memberi perlindungan kepada wanita (ikhtilat hanya dibolehkan sekadar menghilangkan bahaya tersebut) atau ketika dalam peperangan melawan musuh Islam.


   2. MEMENUHI KEPERLUAN ATAU HAJAT

Muamalat maliyyah (urusan harta)
  jual beli dan lain-lain transaksi di pasar,bank,kedai dan sebagainya.

- penyaksian ( urusan mahkamah)

- urusan kerja
- lain-lain keperluan yang tidak bertentangan dengan syarak.


3. DALAM MAJLIS 

- Syarat: Tidak melampaui batas sehingga melanggar hukum syarak

- Contoh: ziarah keluarga,sahabat,atau jiran, melayan tetamu,menganjurkan kenduri-kendara.


  • Dalam pergaulan tidak dapat dielakkan, Islam telah menyusun adab-adab agar pergaulan ini berlaku dalam kadar yang paling minimum.
  • Jadi,dalam keadaan biasa yang tidak mempunyai sebarang kepentingan,pergaulan antara lelaki dan wanita adalah HARAM dan ini termasuklah bergurau-gurau senda,bertanya khabar,berbual mesra apatah lagi meluahkan perasaan sama ada dalam berinteraksi melalui alam maya.


Saturday, 5 December 2015

Ketawa yang Berlebihan


Apabila kita menonton rancangan komedi ataupon mendengar sesuatu yang mencuit hati,pasti kita akan ketawa. Kadang-kadang sampai tak boleh nak berhenti daripada ketawa..







Adakah ketawa sampai tak boleh nak berhenti ni cara yang diajar oleh Rasulullah dan dianjurkan dalam Islam?

  • Ketawa Rasulullah tidak melewati batas senyum yang menarik. Senyum Rasullulah S.A.W itu sendiri berperingkat-peringkat,peringkat yang paling tinggi ilah baginda tersenyum sehingga kelihatan gerahamnya.




  • Menurut Imam Hssan AL-Bana, ketawa yang hukumnya adalah "harus" ialah ketawa yang sedikit dan beradab ( ketawa adalah fitrah yang tidak boleh dihalang) , manakala ketawa yang "haram" ialah ketawa yang berlebih-lebihan kerana ia merupakan perbuatan sia-sia dan melalaikan hati.




  • Rasulullah S.A.W bersabda:

"Banyak ketawa mematikan hati dan menghilangkan kehebatan seorang mukmin"


  • Rasulullah S.A.W telah melihat satu kaum yang ketawa berlebih-lebihan,lantas baginda bersabda:
"Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa".

 
TAHUKAH ANDA??

Plato dan Aristotle berpendapat bahawa ketawa boleh mendatangkan kesan yang buruk dan berbahaya.
Oleh itu, Plato berharap agar pementasan-pementasan hiburan yang tidak bermutu hanya disaksikan oleh golongan hamba abdi dan orang upahan asing manakala golongan berkedudukan mulia dan para belia dilarang daripada menonton hiburan-hiburan yang boleh membangkitkan ketawa demi mencegah penularan sifat-sifat buruk dalam diri mereka




PRANK

Adam: Ali! Ada lipas dekat belakang kau!!
Ali     : Huh?? Mana3x.. Arghhh tolong aku wehh!! Geli!!
Adam: Hahahahahahah( gelak macam puntianak sampai tergolek-golek).
            Kau ni kelakarlah.. Lipas pon takut.. Kalah perempuan la kau ni.. Dah2x.. Aku saja ja pekena             kau!
Ali     : Cis! Kurang asam punya kawan! Hilang macho aku kalau awek-awek nampak..

Pernah tak hadapi situasi seperti di atas, tak pon senang kata dikenakan kawan kita ? Tak pon kita la Raja kenakan orang?

Boleh ke kita kenakan orang dengan cara berbohong ??
   

Berbohong tidak dibenarkan,baik sungguh-sungguh ataupon sekadar main-main saja.

Kebiasannya kita lihat,kalau sekumpulan kawan-kawan bersama-sama, pasti akan ada seseorang yang akan cuba meriahkan suasana itu dengan membuat jenaka sehinggakan sampai sanggup berbohong!  Hal ini tidaklah dibenarkan kerana Rasulullah bersabda:

"Celakalah orang yang berbohong agar orang lain tertawa ,celakalah dia".
(Hadis Riwayat Abu Daud  n0.4990, Tirmidzi no.2315,Darimi no.2705, Ahmad 5/7. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Al-Mishkah no.4834).

Sahabat mulia Abdullah bin Mas'ud R.A berkata:
"Bohong tidaklah dibenarkan ,baik sungguh-sungguh mahupon sekadar main-main"
( Tafsir Ibnu Katsir,2/363)


Oleh itu, bercakaplah benar dan sekiranya kita tidak mempunyai perkara untuk dikatakan, maka diamlah. Memang tak dapat dinafikan kadang-kadang dengan cara berbohong secara main-main dengan rakan-rakan dapat merapatkan hubungan, tetapi harus ingat.. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.. Banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk mengeratkan ukuhuwah..


Antara JAHILIYAH Dulu dan Kini

Jahiliyah Dahulu:

Wanita-wanita yang rela dirinya ditiduri lelaki lain akan menggantungkan satu bendera putih di hadapan rumahnya yang membawa maksud, mana-mana lelaki yang ingin melakukan seks bebas, maka mereka diizinkan untuk memasuki mana-mana rumah yang terdapat bendera putih,pada bila-bila ,masa yang disukainya...

Jahiliyah Moden:

Rumah,bilik hotel,kelab malam,malah pusat pelacuran berdaftar sudah banyak dibuka untuk tujuan menjual tubuh wanita di samping mendapat keuntungan yang haram.

Jahiliyah Dahulu:

Seorang suami yang mandul atau memiliki anak benih yang lemah,tetapi mengizinkan seorang zuriat yang sihat akan merelakan lelaki lain yang lebih sihat anak benihnya untuk meniduri isterinya.

Jahiliyah Moden:

Tidak hairanlah sama ada masih bujang atau sudah berumah tangga,seks bebas dan zina menjadi amalan mereka. Tujuan persetubuhan mereka adalah lebih hina,iaitu memuaskan hawa nafsu semata-mata,sedangkan ia tidak akan pernah kenyang.

Jahiliyah Dahulu:

Wanita yang mengandung setelah ditiduri oleh ramai lelaki akan mengumpulkan kembali lelaki tersebut dan membuat undian untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi ayah dan menjaga bayi yang bakal dilahirkan itu nanti.

Jahiliyah Moden:

Wanita yang sudah mengandung akan ditinggalkan  oleh pasangannya yang tidak bertanggungjawab. Akibat tekanan hidup dan perasaan,bayi tersebut akan digugurkan atau dibuang seperti 'sampah'.



Jelaslah bahawa jahiliyah moden adalah lebih ekstrem impaknya dan lebih agresif perjalanannya berbanding dahulu (sebelum kedatangan Islam). Kemunculan Islam telah mengangkat darjat wanita daripada menjadi bahan dagangan dan warisan kepada manusia yang mempunyai kebebasan dan harga diri.Namun malangnya, kini, wanita tidak lagi meghargai kebebasan itu kerana mereka seklai lagi menjual tubuh mereka sukarelanya. Adakah anda rela sekiranya pengabaian hukum hijab ini terus berlaku? Jika tidak, kekalkan hijab anda dan bantu mereka yang disekeliling anda untuk menyelami erti kata hijab yang sebenar

Sunday, 15 November 2015

CULTURE SHOCK

CULTURE SHOCK???




Kenapa selalu orang kata kalau pergi belajar dekat luar negara atau budak sekolah agama bila masuk universiti jadi culture shock?  Apa yang menyebakan kita jadi culture shock? Is it good?

 Firstly i would like to hightlight that it is just my opinion and my previous experiences and basically i would like to stress more on students who are from islamic school. Selalunya budak sekolah agama ni bila dia masuk ja ke alam universiti, seriously memang akan terperanjat dengan suasana di sana.

 Ya la,kalau di sekolah dulu mana ada lelaki yang berani sesuka hati duduk dekat sebelah kau dalam kelas. Memang nak kena fire la sapa yang berani buat camtu and for sure ada mata-mata yang tengok pelik dekat kau . Bila dekat universiti, memang pergaulan antara lelaki dengan perempuan tu Masya-Allah!!Sangat tak terjaga..

 Duduk dekat and kadang-kadang sampai tersentuh badan tu seperti perkara biasa..
Yang kami ni budak-budak sekolah agama bila melihat situasi ni memang rasa tak selesa yang amat la..

 Tapi ingat! Actually culture shock ni bagus sebab itu menunjukkan bahawa iman kita masih berfungsi dengan baik. Sebab ianya menjadi bukti bahawa kita mengamalkan  Islam itu dalam kehidupan kita.

 Bilamana tiada rasa culture shock yang wujud dalam diri kita apabila kita melihat sesuatu yang bertentangan dengan Islam, bahaya wahai sahabat-sahabat!! Itu menunjukkan bahawa hati kita tidak mencegah kemungkaran yang sedang berlaku itu..

عن أبي سعد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول

” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “

( رواه مسلم )

Daripada Abu Sa’id al-Khudri , beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )

Fuh!! Maksudnya, kalau hati pun tak mencegah, agak-agak di mana tahap keimanan kita yang sebenarnya?

Then, culuture shock ni juga merupakan ujian Allah kepada kita. Allah nak tengok bagaimana kita menghadapi situasi yang sangat asing dari kita ni.
Adakah kita akan terikut-ikut dengan keadaan itu ataupon kita masih teguh mengamalkan segala garis panduan yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Normally bebudak sekolah agama ni yang culture shock and tend to the negative side kita boleh tengok dari segi adab pergaulan dan pakaian. Harapnya amalan fardhu tidak ditinggalkan.

PERGAULAN:

  • Bergurau senda antara lelaki perempuan 
  • Duduk dekat antara lelaki dan perempuan
  • Bersentuhan antara lelaki dan perempuan (*walaupon berlapik)
  • Bercouple
PEMAKAIAN:

  • Tudung singkat hingga menampakkan dada
  • baju dan seluar hingga menampakkan bentuk badan
  • pakaian yang jarang
However, haruslah kita ingat. Label budak sekolah agama bukan beerti hanya mereka yang perlu mengamalkan Islam secara keseluruhannya.Bukan hanya mereka yang perlu nak culture shock bagai bila tengok kemungkaran. Kau sekolah agama ke tak sekolah agama ke sama saja. Sebaik sahaja kita mengucap lafaz dua kalimah syahadah,wajib ke atas kita untuk menganuti agama kita secara keseluruhannya.


بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Islam dimulai dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka  beruntunglah orang-orang yang asing.” (HR Muslim).


Oleh itu, marilah kita sesama berdoa kepada Allah agar ditetapkan hati ini ke jalan-Nya dan supaya jangan dibolak-balikkan hati ini dari Allah. Jadilah orang menghidupkan biaah solehah. InshaAllah,walau di mana kita berada, culture shock dan menuju ke arah kebaikan akan sentiasa wujud di hati kita.











Wednesday, 11 November 2015

Tips Agar Terjaga Daripada Godaan Syaitan

1. Beristiazah ( memohon perlindungan Allah daripada godaan syaitan )


2. Membaca 3 Qul iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas


3. Membaca ayat kursi sebelum tidur


4. Membaca surah Al-Baqarah
  • Dari Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa Rasullulah SAW telah bersabda:"Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya  diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al-Baqarah tanpa                                membacanya,sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah (Al-Quran)".

          Hadis Riwayat An-Nas-I dalam kitab Al-Yaum Wa al-Lailah

     5. Membaca 2 ayat yang terakhir daripada surah Al-Baqarah setiap malam.

     6. Membaca zikir : La ilahaillallahu wahdahu la syarikalah,lahulmulkku walahulhamduwahua a'la kullisyai-in qadir...

     7. Banyak mengingati Allah (zikir)

     8. Berwudhuk dan melaksanakan solat
 
     9. Menahan diri daripada melihat , berbicara,makan dan bergaul yang melampui had dan batas kerana syaitan dapat menguasai manusia melalui 4 perkara iaitu pandangan,ucapan ,makanan dan pergaulan.